Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan melantik konsultan geoteknikal dan bekerjasama dengan Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) bagi mengkaji keadaan tanah mendap di kawasan perumahan di Seksyen 7 di sini.
PKNS berkata ia akan mengambil tindakan susulan secepat mungkin selepas laporan sepenuhnya diperoleh daripada IKRAM dan konsultan yang dilantik.
"Ia termasuk pemindahan sementara penghuni rumah yang terjejas jika diperlukan," kata perbadanan itu dalam kenyataan hari ini.
Ia merujuk kepada kejadian tanah mendap yang menjejaskan dua buah rumah di Jalan Plumbum 7/101 A, Seksyen 7 di sini, Isnin lepas.
Kenyataan itu berkata pihak teknikal PKNS telah turun padang pada hari berkenaan sejurus menerima laporan mengenai insiden itu, dan pemaju telah diarah membaik pulih kedua-dua rumah terbabit dengan serta merta.
"PKNS juga akan memastikan semua penghuni diberi bantuan sepenuhnya sementara kerja baik pulih dijalankan," kata perbadanan itu.

mimr

No comments:
Post a Comment
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;
1. Komen yang disifatkan sebagai spam
2. Komen termasuk kata-kata kotor
3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati
4. Komen yang menyerang seseorang secara individu
atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas
Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini