Pages

Monday, 8 October 2012

PAS SEKONGKOL TUBUH NEGARA KRISTIAN???

Mungkin ramai rakyat Malaysia tidak sedar bahawa hampir semua pemimpin besar DAP adalah beragama kristian . Dan lebih menarik, hampir 80% orang cina di Malaysia adalah beragama KRISTIAN.

PAS telah mengugurkan perjuangan negara Islam dalam mana-mana manifesto parti itu dan kini memperjuangkan pula slogan "Negara Berkebajikan".

Namun tanpa disedari, akhirnya kerjasama PAS ini membawa kepada gerakan sulit untuk menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi negara ini.

Walaupun pelbagai bukti telah didedahkan pejuang siber pro-Kerajaan, malah turut disokong laporan MalaysiaKini yang memetik bahawa Lim Guan Eng telah berjumpa dengan beberapa pastor dan sedang cuba mengheret pemimpin Kristian itu untuk terlibat dalam kancah politik, namun kepimpinan PAS terus berdiam diri dalam hal ini.

http://www.malaysiakini.com/news/210832

Mungkin pemimpin PAS menyedari bahawa modus operandi yang sama digunakan mereka dahulu yang mempergunakan agama demi kepentingan politik, kini dimanfaatkan pula pemimpin DAP yang memperjuangkan agama Kristian.

Atas kapasiti kebebasan bersuara seperti yang dimomokkan Pakatan Rakyat, ternyata kepimpinan PAS terpaksa mengunci bibir dan membiarkan DAP terus menyogok penganut Kristian dengan janji "KRISTIAN SEBAGAI AGAMA RASMI MALAYSIA" tanpa mampu menyanggah sedikit pun.

Sentimen keagamaan yang dimainkan Pakatan Rakyat ini ternyata berbahaya kerana mampu menimbulkan ketegangan kalangan penganut Kristian dan umat Islam.

"ISLAM TERUS TERGADAI DI BAWAH PAKATAN RAKYAT"


Wak Canang

No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini