Pages

Monday 29 October 2012

PANAS!!! 5 ASET PKNS BAKAL DIJUAL KERAJAAN SELANGOR???



SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim digesa memberi penjelasan dengan segera berhubung persetujuan Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) terhadap cadangan untuk menjual lima harta miliknya.


Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata beliau mendapat maklumat bahawa Lembaga Pengarah PKNS telah bersetuju untuk menjual lima aset tersebut dan kini hanya menunggu kelulusan Menteri Besar Selangor.

"Lima aset milik PKNS yang terbabit ialah Shah Alam Convention Centre Mall (SACC Mall) yang dicadangkan dijual pada harga RM97 juta, Menara PKNS Petaling Jaya (RM90 juta), bangunan PKNS Shah Alam (RM85 juta), bangunan PKNS Bangi (RM42 juta) dan bangunan Wisma Yakin, Jalan Masjid India (RM7 juta)," katanya.

Beliau berkata difahamkan, sehingga kini, masih tiada dokumen hitam putih terhadap cadangan penjualan aset PKNS itu.

Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, berkata jumlah keseluruhan cadangan penjualan aset tersebut ialah RM321 juta.

Beliau berkata sekiranya maklumat itu (penjualan aset PKNS) terbukti benar maka ia tidak selari dengan pujian diterima Khalid sebagai Menteri Besar yang cemerlang oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini kerana mampu menjana rizab simpanan negeri Selangor sehingga RM2 bilion.

Sehubungan itu, Noh mempersoalkan cara pentadbiran Menteri Besar Selangor itu kerana tidak bersikap telus dan terbuka dalam urusan berkaitan aset milik PKNS tersebut. - BERNAMA

mimr

No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini