Pages

Saturday 20 October 2012

FINAL PIALA MALAYSIA: PERKEMBANGAN DI STADIUM SHAH ALAM

 
Tinggal lagi beberapa jam sebelum final Piala Malaysia malam ini bermula, suasana di pekarangan Stadium Shah Alam, Shah Alam sudah mula gamat dengan kunjungan para peminat bola sepak baik dari penyokong ATM mahupun penyokong pasukan Kelantan.

 


Sambil menunggu detik perlawanan akhir yang akan berlangsung pada jam 8.45 malam ini, sebahagian penyokong Kelantan dan ATM sedang beristirehat di sekitar kawasan tempat letak kereta sambil menikmati makanan tengah hari. Selain itu, kedengaran juga tiupan vuvuzela di kalangan penyokong Kelantan.



Seorang penyokong The Red Warriors, Amir Ramli, 24, berkata, mereka menjangka keputusan malam ini berpihak kepada Kelantan.

"Kami yakin Kelantan akan membenam ATM dengan jaringan gol 2-1 sekali gus membawa pulang Piala Malaysia ke Kota Bharu," katanya.

Seorang lagi penyokong Kelantan, Mohd Ramli Yazid, 32, turut melahirkan rasa keyakinan yang sama iaitu pasukan Kijang mampu menjuarai Piala Malaysia setelah gagal tahun lepas.

"Insya-ALLAH, pemain Kelantan akan melakukan aksi yang terbaik untuk tidak menghampakan para penyokong yang membanjiri stadium malam ini," kata beliau sambil melaungkan slogan "Gomo Kelate Gomo".

 
mimr



No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini