Profesor Datuk Dr Noor Azlan Ghazali dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, belanjawan pakatan pembangkang yang hanya memberi fokus kepada aspek "memberi, memberi, memberi" tidak mempunyai kerangka yang jelas berbandingBelanjawan 2013 kerajaan.
"Apabila pakar ekonomi mempersoalkan belanjawan pembangkang secara terperinci, mereka gagal memberikan jawapan yang meyakinkan dan jelas, dari aspek ekonomi.
"Sebaliknya, pembangkang akan mendakwa pakar ekonomi bertanyakan soalan yang berbaur politik," katanya pada sesi perbincangan "Belanjawan 2013 dan Transformasi Ekonomi Negara" pada Wacana Majlis Profesor Negara (MPN) Pasca Belanjawan 2013: Mentransformasi Negara anjuran MPN di sini, Isnin.
Noor Azlan berkata demikian ketika diminta membuat perbandingan di antara Belanjawan 2013 dan belanjawan pakatan pembangkang oleh salah seorang peserta perbincangan itu.
Beliau yang merupakan salah seorang anggota panel perbincangan itu berkata, pelbagai pemberian yang dijanjikan oleh parti pembangkang dalam belanjawan itu dilihat hanya bertujuan memancing undi.
Noor Azlan berkata, Belanjawan 2013 yang dibentangkan pada Jumaat lepas adalah begitu menyeluruh dan mengandungi pelan dan strategi yang jelas terutama dalam membantu semua golongan masyarakat dan pelbagai sektor.
Beliau juga turut mempersoal hasrat pakatan pembangkang untuk menurunkan harga kenderaan kerana ini akan hanya menambahkan bilangan kenderaan di jalan raya dan sekali gus menambah kesesakan.
"Lebih baik tingkatkan sistem pengangkutan daripada mengurangkan harga kenderaan. Nanti lebih banyak kenderaan daripada jalan raya," jelasnya.
Noor Azlan berkata, ini dapat dilihat di negara-negara maju di mana rakyatnya tidak perlu memiliki kenderaan kerana sistem pengangkutan negara berkenaan begitu efisien.
Beliau berkata, adalah lebih baik Malaysia mencontohi sistem pengangkutan awam negara maju daripada menurunkan harga kenderaan.
Sementara itu, Pengerusi Pusat Kajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr Fuad Mohd Jali berkata, Belanjawan 2013 menunjukkan komitmen Perdana Menteri untuk merealisasikan aspirasi negara seperti yang dijanjikannya sebelum ini.
Belanjawan 2013 membantu memberikan golongan tua dan muda di negara inimenikmati hidup yang lebih sejahtera, katanya.
Ia juga mampu memberi kesan positif terhadap pandangan rakyat kepada kerajaan, katanya dalam perbincangan kedua bertajuk "Mentransformasikan SosioPolitik Negara".
"Malah sebelum Belanjawan 2013 dibentangkan, transformasi yang dilakukankerajaan melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA) sudah menunjukkan hasil positif," katanya. -
mimr

No comments:
Post a Comment
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;
1. Komen yang disifatkan sebagai spam
2. Komen termasuk kata-kata kotor
3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati
4. Komen yang menyerang seseorang secara individu
atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas
Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini