Pages

Sunday 21 October 2012

ANAK DIBUNUH KEKASIH PERANGAI BINATANG!!! SUSPEK AHLI TEGAR PAS???

PILU...suasana sedih menyelubungi ketika jenazah adik Nur Irisyafida Balkis yang mati didera oleh teman lelaki ibu kandungnya dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan.

Penulis tak dapat bayangkan, apa jenis manusia yang ada dalam masyarakat kita sekarang.

Cuba fikirkan apa yang dapat adik Nur Irisyafida Balkis Abdul Azim yang baharu berusia lapan bulan dapat bertindak terhadap kekejaman kekasih ibunya.

Ya, mungkin ada yang berfikiran lebih baik Balkis pergi menyahut panggilan Ilahi daripada menanggung kesakitan yang amat teruk dan tekanan psikologi seumur hidupnya.

Bagi Penulis mungkin itu pilihan yang ada memandangkan Balkis menderita dengan tiga kesan retakan pada tempurung kepala selain patah kaki dan tangan.

Seorang kanak-kanak yang baharu berusia lapan bulan, belum lancar bercakap dan lebih banyak menangis apabila kehendaknya tidak dipenuhi, mustahil mampu memahami penderaan terhadap dirinya.

Apa yang Penulis nampak, tragedi ke atas Balkis dan kanak-kanak kecil sebaya dengannya sebelum ini mempamerkan nafsu ‘gila’ si pelaku.

Kanak-kanak merupakan golongan yang naif, di mana mereka suka dimanja, dipeluk, dan dicium apatah lagi oleh individu yang rapat dengan mereka.

Tetapi sayang, dalam banyak kes dera hingga mati, ada kala ibu kanak-kanak tersalah pilih teman lelaki untuk dijadikan kekasih. 

Banyak kes dera kerana pasangan tiada ciri-ciri sifat ‘kasih dan sayang’. Inilah yang terjadi apabila nafsu marah tidak terkawal, kanak-kanak menjadi mangsa mereka.

Bilakah cerita duka sebegini akan berakhir. Paling Penulis kecewa, paling banyak orang Melayu dan Islam yang tergamak melakukan perbuatan itu.

Begitu juga kesannya apabila kita membuat keputusan pada piliharan raya akan datang bersandarkan hawa nafsu marah dan kebencian semata-mata.

Sebaliknya, rakyat perlu rasional dan tidak bertindak terburu-buru. Takut menyesal di kemudian hari.

mimr 

No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini