Keputusan ini sekaligus membolehkan Pro-Aspirasi memenangi pilihan raya kampus di UM dengan kelebihan satu kerusi apabila dua colan bebas menyokong Aspirasi.
Keputusan rasmi yang dikeluarkan pada jam 1.15 tengah hari tadi menjadikan Pro Aspirasi memenangi 22 kerusi keseluruhannya manakala Pro-M, 21 kerusi.
Kesemuanya 43 kerusi dipertandingkan di UM.
Calon Pro-Aspirasi yang menang pada pemilihan semula itu ialah Neo Yew Boon bagi kerusi Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat manakala calon Pro-M yang menang ialah Maiyamin Md Nor bagi Fakulti Pendidikan.
Pemilihan di UM diadakan semula apabila dua kerusi fakulti berkenaan memperoleh keputusan seri pada pemilihan Selasa lalu.
Kemenangan ini juga menjadikan Pro-Aspirasi menguasai 18 daripada 20 institusi pengajian tinggi awam dalam pilihan raya kampus yang telah pun selesai Selasa lalu.
Satu-satu kampus yang dikuasai oleh Pro-M ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Pro-M kini bukan sahaja kehilangan penguasaan di UM tetapi juga Universiti Sains Malaysia (USM) yang merupakan kubu kuat mereka.
Kini Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menjadi satu-satunya universiti yang masih belum lagi selesai dengan pemilihan MPP. Pemilihan terpaksa diadakan semula ekoran kerosakan pada sistem e-undinya.
Tarikh pemilihan semula masih belum ditetapkan lagi oleh senat universiti.
mimr

No comments:
Post a Comment
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;
1. Komen yang disifatkan sebagai spam
2. Komen termasuk kata-kata kotor
3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati
4. Komen yang menyerang seseorang secara individu
atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas
Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini