JASIN - Polis Melaka pada semalam (Isnin) menerima satu rakaman video memaparkan insiden mengacukan pistol ke arah orang awam oleh individu dipercayai pengawal peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kampung Baru Rim, Sabtu lepas.
Rakaman berdurasi kira-kira empat minit milik seorang pegawai media siber tempatan itu diserahkan pada pukul 6 petang di Ibu Pejabat Polis (IPD) Jasin di sini.
Lelaki berusia 29 tahun itu yang ditemui di IPD selepas menyerahkan rakaman video itu, berkata rakaman tersebut diserahkan bagi membantu pihak polis menyelesaikan siasatan berhubung insiden tersebut.
"Ini kerana perbuatan (acu pistol) itu mendatangkan ancaman kepada orang ramai di tempat kejadian," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye ketika dihubungi mengesahkan menerima rakaman tersebut.
Katanya, polis akan meneliti rakaman itu untuk siasatan dan mungkin akan memanggil pembangkang bagi membantu siasatan sekiranya perlu.
"Anwar berada di dalam bas ketika kejadian dan tidak pasti sama ada beliau nampak kejadian itu atau sebaliknya, namun ia terserah pada pegawai penyiasat sama ada perlu memanggil beliau atau tidak," katanya. - BERNAMA
mimr

No comments:
Post a Comment
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;
1. Komen yang disifatkan sebagai spam
2. Komen termasuk kata-kata kotor
3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati
4. Komen yang menyerang seseorang secara individu
atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas
Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini