Pages

Friday, 21 September 2012

@KHAIRYKJ CABAR DAP PECAT NGEH!!!



KUALA LUMPUR - Himpunan aman anjuran Pemuda Umno hari ini mengecam tindakan menghina agama oleh pemimpin-pemimpin politik di Malaysia sambil menggesa DAP memecat Datuk Ngeh Koo Ham.

Koo Ham kini merupakan Pengerusi DAP Perak. Beliau juga merupakan Ahli Parlimen Beruas dan Ahli Dewan Undangan Negeri Setiawan.

Sebelum ini, Twitter yang dikeluarkan oleh Koo Ham menjadi perhatian ramai pihak dan Khairy telah menyoalkan pendirian Pemuda Pas berhubung rancangan bantahan yang akan dibuat oleh umat Islam pada hari ini.

DAP dijangka membincangkan isu itu pada mesyuarat jawatankuasa eksekutif pusatnya minggu hadapan.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda Umno dan Barisan Nasional, Khairy Jamaluddin berkata, Koo Ham perlu diambil tindakan tegas oleh DAP.

Katanya, musuh orang Islam bukan rakyat Amerika Syarikat (AS) tetapi orang yang menghina agama lain dan tidak menghormati agama seperti yang dilakukan pemimpin DAP itu.

"Kalau Koo Ham kata jangan buang masa, tapi lebih baik kita buang mereka.

"Kita berhimpun bukan untuk bermusuh dengan orang bukan Islam atau rakyat AS tapi untuk menentang kebiadapan orang yang menghina agama termasuk Koo Ham dan DAP perlu ambil tindakan terhadapnya," katanya.

Sehubungan itu, Khairy juga menyatakan ucapan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan politik yang bersama bersolidariti pada hari ini.

Seramai 3,000 orang hadir termasuk 13 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam himpunan aman bantahan filem kontroversi dan karikatur yang dikeluarkan oleh Perancis beberapa hari lalu.

Himpunan berakhir kira-kira pukul 2.30 petang tanpa sebarang provokasi.

mimr

No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini