Pages

Monday, 3 September 2012

#JANJIBERSIH SERLAH SIKAP SEBENAR PENYOKONG PAKATAN HARAM!!!



Beberapa peserta Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka tempoh hari bertindak kurang ajar apabila mengibarkan bendera yang mereka dakwa akan menggantikan Jalur Gemilang jika Pakatan Haram berkuasa.

Penulis yang hadir sangat kecewa dengan tindakan dan gegalat peserta janji bersih yang bertindak liar hingga merosakkan sambutan ambang merdeka pada malam itu.


Bendera merah putih seakan bendera Singapura itu dikibarkan di khalayak ramai termasuk pengedaran risalah (gambar) menukar Jalur Gemilang kepada bendera tersebut.

Apa salah dengan bendera yang digunakan oleh rakyat Malaysia sejak merdeka lalu? Di mana cacat celanya bendera kita yang kita gelar Jalur Gemilang itu? Apa dosa menggunakan bendera itu dalam negara Malaysia ini sehingga ingin mengubahnya? Rakyat nilailah sendiri!

Risalah yang diedarkan kepada umum mengandungi tulisan yang mengajak rakyat untuk mengatakan tidak kepada Jalur Gemilang dan menyokong bendera merah putih itu.

Perihal kebiadapan peserta himpunan itu mula disebarkan blog http://yuseriyusoff.blogspot.com/ termasuk video peserta yang memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan aksi tayang punggung.

Aksi tayang punggung itu jelas menggambarkan sikap penyokong Pakatan Haram yang sudah hilang akal.

Bagaimana seorang manusia tergamak menunjukkan punggungnya sendiri di khalayak ramai? Tindakan itu jelas lebih hina dari perilaku seekor binatang.

Namun itulah tahap mentaliti dan sikap emosi penyokong Pakatan Haram yang mudah hilang pertimbangan.

Menurut blog  http://eddyjugaks.blogspot.com/ , peserta janji bersih yang menunjukkan punggungnya telah dikenalpasti. Peserta janji bersih itu dikatakan seorang pelajar semester tiga di Cybernetic International College of Technology dalam jurusan Diploma Multimedia Kreatif.


mimr
‘‘

No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini