KUALA LUMPUR 12 Sept. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menarik balik samannya terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Tinggi di sini.
Peguam Zamri Idrus yang mewakili Mohd. Saiful memberitahu pemberita, Anwar menarik balik kes saman itu ekoran pembebasannya oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan meliwat.
Anwar selaku plaintif memfailkan saman pada 30 Jun 2008 terhadap Mohd. Saiful Bukhari yang didakwa berniat jahat ketika membuat laporan polis mengenai kes liwat membabitkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Plaintif dalam pernyataan tuntutannya mendakwa defendan mengetahui pertuduhan liwat itu adalah palsu, tetapi tetap meneruskannya dan membuat laporan polis pada 28 Jun tahun yang sama. - UTUSAN
mimr

No comments:
Post a Comment
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;
1. Komen yang disifatkan sebagai spam
2. Komen termasuk kata-kata kotor
3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati
4. Komen yang menyerang seseorang secara individu
atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas
Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini