Mereka menzahirkan rasa kecewa ekoran kegagalan pentadbiran UNISEL di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat yang sebelum ini dilihat gah menguwar-uwarkan memperjuangkan nasib mahasiswa di negara ini.
Perkara itu diluahkan pelajar terbabit kepada Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam, Wan Ahmad Hazman Wan Daud.
Luahan mereka turut disuarakan dalam laman sosial Facebook dan Twitter berikutan jawatankuasa MPP UNISEL tidak mempedulikan mereka, sebaliknya berdiam diri bagi menjaga kepentingan universiti.
Dianggarkan lebih 1,000 pelajar baru dan lama tidak mendapat kemudahan asrama dalam kampus sebaliknya ada ditempatkan di asrama tumpangan sementara yang agak jauh sekitar Ijok.
Keadaan itu membebankan pelajar terutama yang tidak mempunyai pengangkutan selain menganiaya mereka yang sudah membuat pembayaran pendahuluan sebelum ini.
Pihak universiti juga enggan menyerahkan semula pembayaran pendahuluan kepada pelajar.
Wan Ahmad Hazman berkata, apa yang berlaku itu membuktikan kerajaan negeri pimpinan pakatan haram mementingkan agenda politik melebihi kebajikan pelajar.
Malah katanya, mahasiswa semakin sedar kerajaan negeri pakatan pembangkang tidak dapat memenuhi harapan mereka khususnya dalam aspek pendidikan.

"Pendidikan percuma? Mungkin inilah pendidikan percuma versi pakatan rakyat, menganiaya pelajar hingga hidup merana? Kami tidak boleh meneruskan pengajian dengan persekitaran seperti ini! Ini sudah melampau dan kejam!," kata pelajar Tahun Akhir Diploma Pengajian Bahasa Inggeris, Mohd Aqif Mohamad.
Sementara itu, pelajar Tahun Dua Diploma Pengajian Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua universiti itu, Nazmin Abdul Ghafar berkata MPP universiti itu yang pro mahasiswa tidak membantu menyelesaikan masalah mereka, sebaliknya didakwa bersekongkol dengan pentadbiran universiti dan kerajaan negeri.

mimr
No comments:
Post a Comment
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;
1. Komen yang disifatkan sebagai spam
2. Komen termasuk kata-kata kotor
3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati
4. Komen yang menyerang seseorang secara individu
atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas
Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini