Pages

Thursday, 2 August 2012

PANAS! DITANGKAP KETIKA LEKA BERURUT SAMBIL BOGEL DALAM BULAN RAMADHAN!


PUCHONG 1 Ogos – Keasyikan beberapa pelanggan diurut tanpa seurat benang di pusat refleksologi Bandar Puteri di sini terbantut apabila premis dikunjungi mereka diserbu pihak berkuasa, lewat malam kelmarin.

Difahamkan, premis sama pernah diserbu sebelum ini namun pengusaha dikatakan tidak serik mengulangi kesalahan lama.

Dalam serbuan kira-kira jam 11 malam oleh Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang itu, seramai 11 wanita warga asing, dua penjaga premis dan tiga pelanggan ditahan.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPSJ, Ahmad Hasan berkata, bertindak atas maklumat awam dan risikan, pihaknya menyerbu rumah urut dan pusat penjagaan kesihatan di Jalan Puteri 1/4 dan Puteri 1/8.

Menurutnya, anggota penguat kuasa terpaksa memecahkan pintu masuk utama kerana penjaga premis menutup kesemua pintu bagi menyukarkan tindakan pecah masuk ke dalam premis.

Katanya, premis dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) di setiap pintu dan di bahagian luar dipercayai untuk mengawal kehadiran pihak berkuasa.

Beliau berkata, berapa kondom yang sudah digunakan ditemui dan hasil siasatan mendapati pengusaha premis menawarkan khidmat seks serta urutan badan ke badan (B2B) kepada pelanggan.

“Ketika tindakan operasi diketuai Penolong Pengarah Penguat Kuasa MPSJ, Mazrul Zahar Mohd dijalankan di premis kedua, terdapat pelanggan yang diurut dalam keadaan berbogel.

“Kedua-dua premis dikenakan tindakan di bawah UUK 13(k) Undang-undang Kecil Pusat Kecantikan Dan Penjagaan Kesihatan MPSJ 2007 kerana melanggar syarat-syarat sekatan lesen yang dikeluarkan majlis dengan menggajikan wanita warga asing,” katanya.

Ahmad berkata, semua yang dicekup diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sehingga Julai lalu katanya, sebanyak 127 kompaun dikeluarkan manakala 36 premis rumah urut dikenakan tindakan sitaan dan penutupan premis oleh MPSJ.
mimr

No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini