Pages

Monday, 6 August 2012

KHALID GAGAP AKUI UNISEL TIDAK MAMPU BAYAR HUTANG JNSB! BUKTI PR GAGAL DI SELANGOR!



Semalam penulis membuat pendedahan tentang pelajar UNISEL yang ditipu pihak pengurusan universiti yang tidak memaklumkan kepada mereka bahawa pihak Jana Niaga Sdn. Bhd (JNSB) telah menutup pejabat pentadbiran hostel.

Kehadiran pelajar UNISEL untuk membuat pendaftaran kemasukan semesta baru di hostel UNISEL kampus Batang Berjuntai hanya sia-sia.

Tindakan JNSB itu disebabkan kegagalan pihak UNISEL melunaskan hutang sewa hostel sebanyak 17 bulan.

Namun ketika dihubungi BERNAMA hari ini, Khalid Ibrahim menyatakan kegagalan berpunca kerana UNISEL terpaksa membayar sewa penuh ketika pelajar cuti.

Setahu penulis, pelajar UNISEL hanya cuti satu bulan sempena cuti semesta. Jadi alasan yang diberikan Khalid Ibrahim tidak logik.

17 bulan tunggakan sewa jauh beza dengan 1 bulan cuti semesta!

Penulis lampirkan laporan dari BERNAMA.

KUALA SELANGOR - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengakui bahawa Universiti Selangor (Unisel) menanggung hutang sejak sekian lama sehingga menjejaskan kemampuan universiti itu untuk membayar tunggakan kos penyelenggaraan dan operasi asrama kepada syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB).
 
Beliau berkata walaupun pelajar membayar yuran pengajian, namun masih tidak mencukupi untuk menjelaskan hutang itu kerana perjanjian menetapkan Unisel perlu membayar sewa penuh kepada JNSB walaupun ketika cuti dan penuntut tidak menetap di asrama.
 
"Kita nak jaga pelajar dan kerajaan sudah maklumkan kepada Unisel supaya menumpukan kepada operasi universiti dan jangan susahkan diri tentang bayaran itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Tadarus dan Tadabbur Perdana Peringkat Selangor di sini hari ini.
 
Abdul Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar semalam bahawa Unisel berhutang hampir RM15 juta kepada JNSB, yang bertanggungjawab membangunkan dan menguruskan kediaman penuntut di kampus induk universiti itu di Bestari Jaya di sini.
 
Unisel didakwa tidak melunaskan yuran penyelenggaraan untuk 17 bulan dan bayaran asrama yang dikendalikan oleh JNSB bagi tempoh lapan bulan.

Ketika ditanya sama ada kerajaan negeri akan menyelesaikan hutang Unisel kepada JNSB, Abdul Khalid menjawab: "Kalau ikut undang-undang bayarlah. Kalau ada yang JNSB tidak ikut dia kena betulkan balik, itu sahaja."
 
Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata pendapatan universiti itu tidak cukup untuk membiayai kos pembinaan asrama yang berjumlah RM200 juta dan kampus yang berjumlah RM600 juta.
 
Bagaimanapun beliau berkata pendapatan Unisel masih mencukupi untuk membiayai gaji tenaga pengajar serta sistem penjagaan dan pentadbiran asrama.
 
"Justeru, selepas 2008 kita memutuskan bahawa Unisel tidak perlu lagi dibebankan dengan hutang kerana kerajaan negeri yang akan menyelesaikan hutang kepada bank dan sekarang kita sedang menyediakan dokumen berkenaan untuk diserahkan kepada pihak bank," katanya.
 
Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Khalid berkata kelewatan pendedahan laporan audit kewangan Unisel disebabkan banyak perkara perlu diperbetulkan oleh kerajaan negeri berikutan laporan itu tidak didedahkan hampir lima tahun.
 
Abdul Khalid berkata laporan itu perlu dibincangkan dalam mesyuarat agung syarikat yang mana antara pemilik sahamnya ialah Menteri Besar Incorporated. - Bernama



No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini