SERAH...Mohd Yusof (kopiah putih) menyerahkan makanan kepada petugas NSTP, kelmarin. |
Seramai 20 pegawai INMIND diketuai Pengurus Besarnya, Mohd Yusof Din, mengagihkan juadah bersahur kepada lebih 150 petugas di kilang percetakan itu.
Dalam ucapannya Mohd Yusof berkata, budaya masyarakat Malaysia lebih mengutamakan majlis berbuka puasa sedangkan hakikatnya, Islam amat menekankan kepentingan bersahur.
"Ada di kalangan masyarakat kita meremehkan sahur terutama apabila menjelang akhir Ramadhan sedangkan Nabi Muhammad menekankan kepentingan bersahur walaupun dengan segelas air sebagai persediaan berpuasa," katanya.
Rombongan disambut Ketua Biro Berita Harian Selangor, Meor Hashim Zulkifli yang turut sama mengagihkan makanan kepada petugas syif malam di loji berkenaan.
Selain menjadi loji percetakan, Balai Berita 2, turut menempatkan pejabat akhbar Harian Metro, Berita Harian dan New Straits Times.
mimr
No comments:
Post a Comment
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;
1. Komen yang disifatkan sebagai spam
2. Komen termasuk kata-kata kotor
3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati
4. Komen yang menyerang seseorang secara individu
atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas
Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini