Pages

Saturday, 7 July 2012

SKANDAL TALAM 1 BILLION - SEJARAH PENYELEWANGAN PALING DAHSYAT! WAJIB BACA!

Kebenaran semakin terbukti! Pakatan haram sebenarnya lebih dahsyat songlap wang rakyat. Mereka menuduh kerajaan sebagai rasuah, tidak telus, kronisme tetapi mereka yang melakukan kerja hina itu. 

Hari demi hari, kemungkaran pakatan haram semakin dibatilkan! Pendedahan yang dibuat oleh Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong baru-baru ini menggemparkan seluruh rakyat Malaysia.

Mana tidaknya, nilai penyelewangan membabitkan wang rakyat berjumlah 1 billion!

Memang melampau, sebenarnya pakatan haram buat kerja haram disebalik menolak kerja haram yang kononnya dilakukan oleh Barisan Nasional (BN).


Menurut Tee Yong, beliau tidak gentar dengan ugutan kerajaan Selangor yang akan menyaman beliau jika terus menegakkan kebenaran dan membuat pendedahan kemungkaran pakatan haram.

Beliau tampil mendedahkan bukti baru tindakan kerajaan Selangor yang didakwa membeli tanah pajakan milik Talam Corporation Bhd. (TALAM) dengan harga RM42 juta lebih mahal daripada nilai pasaran.

Dakwanya, tanah seluas 2,263 ekar (916 hektar) di Bestari Jaya adalah antara aset milik Talam yang dibeli kerajaan negeri dengan harga RM80,000 se-ekar atau nilai keseluruhan RM181 juta ketika pelan 'menyelamat' syarikat itu yang berhutang RM392 juta dengan beberapa anak syarikat milik kerajaan negeri.

Sedangkan jelas beliau, mengikut laporan penilaian oleh Mitra Valuers and Property Consultants Sdn. Bhd. kepada Talam bertarikh 11 Oktober 2010, harga pasaran tanah berkenaan hanya RM139 juta atau RM60,000 se-ekar dan ia beserta syarat iaitu mesti bebas daripada sebarang bebanan (komplikasi).

"Persoalan yang saya hendak tanya kerajaan PKR Selangor adalah bagaimana Talam berjaya menjual tanah itu dengan harga RM42 juta lebih tinggi daripada harga pasaran memandangkan tanah itu tidak bebas daripada bebanan selain masih digadai kepada institusi kewangan? 

"Apakah Talam mempunyai skil perundingan yang bagus? 

"Apakah kerajaan PKR Selangor tidak faham senario sebenar? Tidak kompeten atau memang tidak kisah untuk memperalat duit rakyat? 

"Saya bingung memikirkan perkara ini kerana tanah berkenaan tidak bebas bebanan, seluas 405 hektar tanah itu mempunyai komplikasi," dakwanya.

Tee Yong dalam pendedahannya mendakwa kerajaan PKR Selangor terbabit dalam penyelewengan bernilai RM1 bilion yang dikatakan berselindung di sebalik pelan 'menyelamat' Talam, yang dibebani hutang sebanyak RM392 juta dengan beberapa anak syarikat milik kerajaan negeri, dua tahun lalu. 

Mengulas mengenai komplikasi tanah, Tee Yong mendakwa, 438 ekar (175 hektar) daripada tanah tersebut berada di bawah air dan memerlukan antara RM50 juta dan RM100 juta tambahan untuk kerja-kerja menimbus serta 575 ekar (230 hektar) lagi dinyatakan sebagai kawasan simpanan hutan yang tidak banyak nilai komersialnya. 

Tee Yong juga membidas kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak-pihak yang membuat dakwaan mengenai penyelewengan bernilai RM1 bilion itu. 

Beliau mempersoalkan kenapa Abdul Khalid memilih jalan mahkamah berbanding tampil menjelaskan segala pendedahan tersebut kerana politik bukan seperti mengurus firma perniagaan dan selaku Menteri Besar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok itu perlu tampil menjelaskan hal sebenar kepada rakyat.

"Beliau sekarang mentadbir negeri dan bukan firma, sepatutnya beliau harus berani untuk tampil berdepan dengan rakyat bagi menjawab semua pendedahan ini, bukannya berselindung di sebalik mahkamah. 

"Tetapi itu mungkin cara dia dan biarlah kalau itu yang dipilih, tetapi saya akan tetap dedahkan segala penyelewengan ini," Kata Tee Yong, beliau akan membuat laporan tentang skandal berkenaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas Talam memberi maklum balas.


Kebenaran semakin dibuktikan! Rakyat wajib sedar!

mimr

No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini