Pada Sabtu lalu (14 Julai), saya dijemput SD Johari Yassin, bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan untuk meninjau pertumbuhan rumah urut di Bukit Tinggi, Klang Selangor.
Tujuan beliau memanggil saya untuk melihat sendiri apa yang diperkatakan sebelum ini adalah benar belaka.
Sebelum ini, saya pernah mempertikaikan kenyataan beliau tentang kepesatan pertumbuhan rumah urut di Selangor yang disifatkan sebagai ‘cendawan tumbuh selepas hujan’ sebaik sahaja Pakatan Rakyat (PR) memerintah Selangor selepas Pilihanraya Umum ke-12.
Saya juga turut mempertikaikan tentang kewujudan ‘Ahli Majlis Pau’, istilah yang digunakannya sebagai salah satu faktor percambahan pusat hiburan itu.
“Saya jemput saudara bersama saya tinjau dan lihat sendiri apa yang saya perkatakan sebelum ini. Kalau saya sebut secara lisan sahaja, saudara boleh pertikaikan, sekarang saudara lihat sendiri dan buat penilaian sendiri.
“Kawasan Bukit Tinggi adalah satu sample di salah satu kawasan di Selangor. Sample yang sama juga sedang giat beroperasi di tempat-tempat lain di seluruh Selangor,”katanya.
SD Johari dalam kenyataannya sebelumnya di laman ini pernah berkata semenjak PR memerintah Selangor semakin ‘bercambah’ pertumbuhan rumah urut dan pusat hiburan yang berselindung di sebalik ‘urut kaki’. Baca kenyataan-kenyataan SD Johari, sila klik di sini, sini dan sini
“Kenapa DAP semakin berani, kerana mereka tahu, orang yang menjadi batu penghalang, Hasan Ali telah dipecat dari PAS.
“Saya yakin kebenaran mudah akan diberikan kepada mana-mana pengusaha sekadar cukup dengan mendapat ‘kebenaran lisan’ dari mana-mana YB Pakatan untuk mereka beroperasi di kawasan tersebut dengan syarat bersetuju membayar ‘ahli majlis pau yang menjadi rakan kongsi Ronnie Liu itu,” katanya.
Menurut Sel13, semasa Datuk Dr Hassan Ali menjawat Exco Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastrukur dan Kemudahan Awam Selangor, salah satu tindakan bekas Pengerusi PAS Selangor yang menimbulkan kemarahan DAP adalah menyerbu pub di Mutiara Damansara dan Petaling Jaya yang membabitkan penangkapan 41 orang Islam kerana minum arak.
Apabila dibawa meninjau, saya sungguh terkejut dengan apa yang saya lihat. Apa yang dilihat dengan mata dan kepala sendiri lebih menggerunkan daripada apa yang diperkatakan SD Johari.
“Apakah majoriti penduduk Melayu yang tinggal berhampiran dengan kawasan ini, terlalu sakit belakang hingga perlu terlalu banyak ‘rumah urut kaki’.
“Kenapa semuanya menggunakan topeng ‘kaki’, tetapi diselit dengan foto-foto wanita, dan operasi apakah yang sedang bermaharajalela bersembunyi di sebalik foto wanita separuh bogel itu.
“Saudara lihat sendiri, adakah ini negara Thailand atau negeri Selangor,” soalnya.
Tunggu pendedahan selanjutnya apa yang diberitahu oleh pelanggan-pelanggan Melayu itu kepada SD Johari.
SD Johari juga turut membawa saya meninjau hotel-hotel bajet semurah RM9.90 untuk satu jam bagi setiap pasangan serta turut meninjau pusat-pusat judi mesin kuda…
SUMBER (KLIK SINI)
mimr
No comments:
Post a Comment
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;
1. Komen yang disifatkan sebagai spam
2. Komen termasuk kata-kata kotor
3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati
4. Komen yang menyerang seseorang secara individu
atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas
Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini