Pages

Thursday, 12 July 2012

POLIS KENAL PASTI 'MASTERMIND' RANCANG BUNUH PM? 'IMAM MAHADI' TERIMA UPAH LUMAYAN?



KUALA LUMPUR 12 Julai - Polis sudah mengenal pasti individu yang bertanggungjawab menghantar seorang lelaki dan seorang wanita ke pekarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya, kelmarin sebelum mereka mengamuk.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid, berkata individu tersebut dikesan melalui siasatan polis sejurus selepas kejadian itu. Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti individu terbabit kerana dikhuatiri akan menjejaskan siasatan.

"Kita sekarang sedang mencari pemilik kenderaan yang menghantar pasangan itu. Kita juga turut menyiasat latar belakang lelaki dan wanita yang mengamuk itu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Pada hari berkenaan, Khalil Afandi Hamid, 47, yang mengaku dirinya "Imam Mahadi" dan pasangannya yang bersenjatakan dua bilah pedang samurai dan sebilah pisau pemotong daging mengamuk di pekarangan Kompleks B, JPM di Putrajaya.

Dalam kejadian 2.30 petang itu, Khalil Afandi mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari manakala wanita berkenaan, bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, terkena tembakan di paha kanan dan dirawat di hospital sama. - Agensi


mimr

No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini