Pages

Thursday, 5 July 2012

KHALID GAGAP KANTOI CUBA SEMBUNYI FAKTA 1 BILLION? HANCUR SELANGOR!




SHAH ALAM - Seperti yang dijangkakan, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengelak daripada menjawap soalan wartawan berhubung urusniaga meragukan berjumlah RM1 bilion kerajaan negeri dengan Talam Corporation.

Sebaliknya, kali ini, Abdul Khalid secara bijak menggunakan mahkamah bagi menjawap sebarang soalan berhubung Talam - sebuah syarikat awam yang dilanda masalah hutang.

Pada sidang akhbarnya, selepas mempengerusikan mesyuarat exco di sini, beliau mengancam bahawa MCA dan pihak yang menuduh kerajaan negeri melakukan penyelewengan duit rakyat akan diheret ke mahkamah.

"Kita telah membuat keputusan untuk menyaman MCA dan mereka yang membuat tuduhan penyelewangan wang RM1 bilion.

"Ini kerana tuduhan yang dibuat ini tidak benar, berat dan mencemar nama baik kerajaan Selangor," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.


Atas alasan itu, Abdul Khalid, berkata, tiada sebarang komen lanjut akan dibuat untuk mengelak daripada mengganggu kes.

Pada sidang dewan undangan negeri 12 Julai 2010, semasa menjawab soalan lisan, beliau berjanji bahawa kerajaan negeri akan menyiasat dan mengeluarkan kertas putih berhubung penyusunan semula hutang Talam.

Dakwanya, ketika itu Selangor telah berjaya mendapatkan aset tanah berjumlah RM290 juta dan wang tunai sebanyak RM50 juta.

Hutang berkenaan berada di bawah seliaan Perbadanan Menteri Besar Incorporated (MBI).

"Saya memang menunggu permintaan tersebut (kertas putih) sebab saya nak tulis satu kes lagi macam mana tanah ini diberi sewenang-wenangnya kepada orang.

"Kertas putih yang dikehendaki mesti sudah ada perjanjian yang kita lakukan. Sekarang kita sedang kumpul perjanjian tersebut. Hasil dari kertas ini kita akan hasilkan pada hujung tahun ini untuk jadi asas perbincangan masa depan," kata Khalid.

Namun sehingga hari ini, hasil siasatan masih belum diumumkan.

Pada sidang akhbar hari ini, Abdul Khalid juga memberitahu, pihak kerajaan negeri akan memfailkan saman tersebut dalam masa terdekat tetapi beliau masih merahsiakan nama mereka yang akan disebut di dalam saman tersebut.

Sementara itu Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata tindakan MCA yang membuat tuduhan sewenang-wenangnya adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

Menurutnya, di dalam kerajaan negeri mengalu-alukan kritikan, tetapi ia mestilah sesuatu yang berasas.

 “Adalah sesuatu perkara yang normal di dalam politik untuk saling serang-menyerang antara satu sama lain. Tetapi dengan syarat ia mestilah sesuatu yang berasas,” katanya.

Semalam Ketua Biro Muda Profesional MCA Datuk Chua Tee Yong menggesa menteri besar supaya mengumumkan segera hasil siasatan kertas putih mengenai penyusunan semula hutang seperti yang dijanjikannya dua tahun lalu.

Katanya, Abdul Khalid masih belum menunaikan janjinya untuk membentangkan kertas putih mengenai usaha memungut hutang tertunggak daripada Talam.

“Kerajaan negeri tidak harus menghadapi masalah untuk memberikan butir-butir kes berkenaan kerana ia telah meluluskan Undang-undang Kebebasan Maklumat tahun lalu,” katanya.

Chua yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Ahli Parlimen Labis, berkata kerajaan Selangor yang diterajui Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini mendedahkan bahawa Talam berhutang dengan kerajaan negeri berjumlah RM392 juta.

Selain itu, katanya, kerajaan Selangor mesti menjelaskan kegunaan pembiayaan sebanyak RM392 juta yang diperolehi daripada bajet tambahan pada 2009 untuk membantu penyelesaian hutang Talam.


SUMBER DARI
http://antarapos.com

No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini