Apa signifikannya perhimpunan oren mengambil tempat hari ini? Kononnya membantah penyenaraian FELDA GLOBAL VENTURE HOLDINGS (FGVH) dalam bursa saham yang dikatakan akan merugikan peneroka?
Sedangkan kerajaan Pas Kedah melalui Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Kedah (PKNK) telah membeli sebanyak 500,000 unit saham FGVH melalui peruntukan kerajaan negeri?
Penulis hairan melihat gelagat Pas yang semakin menyesatkan? Setiap tindakan mereka pasti ada cerita tersirat yang berunsur jahat dan main kotor. Dengan misi memanupulasi fakta dan menanam kebencian di kalangan rakyat terhadap pemerintah.
Itulah Pas! Parti yang tidak pernah memberi sumbangan kepada kemajuan negara selain membenih sifat-sifat syaitan di dalam fikiran dan benak hati rakyat melalui kebencian dan kemarahan.
Pas gembira melihat rakyat susah dan memberontak. Pas pantang melihat rakyat hidup dalam keamanan dan aman damai. Kerana itu menutup peluang mereka menjilat nikmat kuasa yang diidam-idamkan.
Penulis terkilan dengan tindakan kerajaan Pas Kedah yang menjual 50,000 unit saham FGVH secara terbuka kepada beberapa usahawan cina dipercayai atas desakan beberapa pemimpin DAP, 'abang besar' Pas di Kedah.
Perkara tersebut membuktikan bahawa langkah kerajaan mengapungkan saham FGVH adalah tindakan yang benar ketika ini dan ia turut diakui oleh pakatan haram melalui tindakan mereka.
Tindakan menghasut peneroka dan rakyat Malaysia untuk menolak penyenaraian saham FGVH adalah sesuatu yang bermotif politik dan tidak berasas sama sekali.
Jika benar saham FGVH merugikan rakyat, PKNK harus mengembalikan semula saham tersebut agar ia dapat diagih-agihkan kepada mereka yang menyokong dasar kerajaan Barisan Nasional sahaja.
Namun penulis berpendapat, adalah lebih baik jika wang kerajaan negeri yang digunakan untuk beli 500,000 unit saham FGVH itu dimanfaatkan dengan membayar gaji kakitangan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang tertunggak itu. Habis cerita!
(KLIK SINI)
mimr
No comments:
Post a Comment
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;
1. Komen yang disifatkan sebagai spam
2. Komen termasuk kata-kata kotor
3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati
4. Komen yang menyerang seseorang secara individu
atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas
Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini