Pages

Tuesday, 10 July 2012

APA PUNCA DR. RANI GOYANG DEBAT DENGAN HASSAN ALI?



SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berharap Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman menukar pendirian menolak debat kepada sedia berdebat dengannya di bawah tajuk PRU13: Di manakah Pas Selangor?

Hasan dalam satu kenyataan berkata, Abd Rani seharusnya menyambut baik jemputan debat itu dan menggunakan peluang yang ada untuk mempertahankan kepimpinannya sebagai pemimpin nombor satu Pas di negeri ini.

"Saya difahamkan Dr Rani tidak bersedia menerima undangan tersebut atas alasan yang sukar untuk difahami seperti mendakwa saya menggunakan kaedah gengsterisme terhadap Pas.

"(Sepatutnya) Di pentas ini (debat), beliau boleh dapat menjelaskan apa yang Pas Selangor tawarkan untuk mengagungkan Islam, memartabatkan Melayu dan mendaulatkan Institusi Raja di negeri Selangor dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)," katanya.

Hasan menjelaskan, beliau bukannya individu bertanggungjawab mengusulkan acara debat tersebut sebaliknya ia diuruskan pihak penganjur iaitu Gerakan Masyarakat Prihatin Meru.

"Saya telah menyatakan persetujuan saya untuk menyertai debat tersebut kerana saya masih mengikuti perkembangan Pas secara dekat dan sehingga ini sentiasa diberi maklum balas mengenai gerak kerja parti oleh pimpinan di peringkat negeri dan kawasan.

"Saya harap Dr Rani akan menukar pendiriannya sebaliknya dapat bersama dengan saya pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Sekiranya beliau ingin mencadangkan nama yang lain untuk menggantikan beliau, saya syorkan beliau menghubungi pihak penganjur," katanya

No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini