Zaman sekarang terdapat ramai pihak yang sering mempertikaikan institusi beraja di Malaysia. Adakah perkara ini disebabkan oleh pihak istana, kerajaan Malaysia sendiri ataupun pun badan-badan berhaluan kiri yang menunjukan ketidakpuasan terhadap institusi beraja. Persoalan mengapa mereka terus terang tidak menyokong institusi raja ini perlulah dibincangkan.
Penulis beranggapan institusi diraja ini tetap penting kerana kita boleh melihat antara negara yang bertamadun awal seperti United Kingdom masih mengekalkan institusi beraja ini sehingga sekarang. Pada masa kini di Malaysia terdapat beberapa gerakan yang mungkin menjalankan gerakan secara penulisan di blog blog dan media social seperti twitter dan facebook. Antara lain mereka ini juga ditaja oleh parti parti politik yang terlibat secara langsung dalam aktiviti mereka dan tentulah ia adalah pakatan haram yang diketuai oleh Anwar sendiri.
Bagi penulis, gerakan gerakan yang terlibat secara langsung dengan penulisan ini bertujuan untuk memberi idea idea baru kepada generasi muda dan masa hadapan tentang keburukan institusi beraja di Malaysia yang semakin hari dicemari oleh gerakan ini yang menanam idea idea negara republik di dalam penulisan mereka dan tidak perlulah penulis disini bercoloteh panjang kerana ramai yang sudah tahu salah seorang sasterawan negara juga terlibat dalam gerakan gerakan ini. Difahamkan wujudnya gerakan ini juga untuk merubah sejarah Malaysia melalui penulisan. Difahamkan ada diantara mereka ini terlibat dengan penerbitan buku buku ulangkaji sejarah di Malaysia utk peringkat PMR dan SPM.
Pendedahan Selanjutnya SILA KLIK DISINI
No comments:
Post a Comment
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;
1. Komen yang disifatkan sebagai spam
2. Komen termasuk kata-kata kotor
3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati
4. Komen yang menyerang seseorang secara individu
atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas
Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini