Bagai langit dan bumi! Itulah yang penulis rasakan bagi menggambarkan kualiti pemimpin BN yang jauh lebih baik intelektual dan ilmu pengetahuannya kalau nak dibandingkan dengan pemimpin PR pada debat semalam.
Ternyata debat antara Dato YB Saifuddin Abdullah dan YB Salahuddin Ayub tidak dapat mengubah persepsi dan pegangan politik penyokong parti masing-masing.
Yang penting, pengundi atas pagar dan 'silent voters' sudah pasti telah membuat penilaian mereka sendiri. Penulis yang hadir pada debat semalam berkesempatan menemubual beberapa individu yang dijemput khas oleh Sinar Harian.
Mereka ini sebahagian besarnya tidak terlibat dengan parti politik. Menurut salah seorang, hujah YB Salahuddin ternyata tidak kuat dan 'anologi' atau perumpamaan yang dibuatnya kadang-kadang tidak ada kena-mengena dengan soalan dan topik.
Pendapat penulis, pemimpin PR ini memang banyak beretorik pada debat semalam.
Berbanding dengan YB Saifuddin dengan jelas memperincikan setiap idea bersandar kepada ilmu pengetahuan dan rumusan sejarah.
"Saya jelas dengan hujah YB Saifuddin. Dia ada tokoh pemimpin. Walaupun saya lihat cakapnya kadang-kandang tidak disenangi oleh pemimpin UMNO yang lain. Saya rasa dia boleh bawa perubahan dalam UMNO. Saya lihat dia baik orangnya, kata seorang tamu khas, Mohd Muizzuddin Mohd Ali.
Penulis bersetuju dengan kata tamu khas itu. Memang YB Saifuddin dilihat sebagai orang yang mempunyui idea berbeza dengan pemimpin UMNO yang lain. Tapi orang seperti inilah yang selalu tampil kehadapan berdepan dengan dengan pakatan haram.
Pendapat sentiasa berbeza. Bagi penulis, perbezaan pendapat bukan sebab untuk kita bermusuhan atau jalan kepada perpecahan.
Bercerita tentang suasana di dalam dewan pula, ternyata penyokong YB Saifuddin yang majoritinya adalah mahasiswa dan orang muda bertindak dengan matang. Mereka memberi sorakan dan sokongan pada YB Saifuddin dengan tertib dan matang sekali.
Ternyata jauh sekali bezanya nak dibandingkan dengan penyokong pakatan haram yang hadir. Harap sahaja pakai kopiah dan janggut panjang. Tingkah laku mereka sangat memalukan. Mereka berteriak dan kadang-kadang cuba ganggu ucapan YB Saifuddin.
Dalam hati penulis, inilah penyokong pakatan haram! Imej je nampak Islami, akhlak jauh sekali.
Secara keseluruhannya, program berjalan dengan lancar. Walaupun penyokong pakatan haram macam monyet. Penyokong YB Saifuddin tetap 'steady' dan tenang tanpa membalas sebarang provokasi dari mereka.
Sudah terang lagi bersuluh, dari pemimpin hingga penyokong, Barisan Nasional ternyata lebih baik disegi akhlak dan mindanya nak dibandingkan dengan pakatan haram.
Memang bagai bumi dengan langit! Rakyat wajib buka mata!
Video yang menggerunkan penyokong pakatan haram!
mimr
No comments:
Post a Comment
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;
1. Komen yang disifatkan sebagai spam
2. Komen termasuk kata-kata kotor
3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati
4. Komen yang menyerang seseorang secara individu
atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas
Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini