SHAH ALAM - Sambil menafikan tindakannya meletakkan jawatan Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor bukan bermakna wujud masalah dengan kepimpinan PKR, Rafizi Ramli menyifatkan dirinya "bukan Superman."
Sehubungan itu, Pengarah Strategi PKR ini berkata, beliau mahu memberi tumpuan sepenuhnya ke atas kerja-kerja dan strategi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibahim merupakan Penasihat Ekonomi Selangor, dilantik lebih dua tahun lalu.
Kata Rafizi, beliau tidak berbalah dengan Anwar atau Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagaimana didakwa dan dianggap oleh sesetengah pihak.
"Kerja saya semakin hari semakin bertambah. Saya bukan 'Superman'. Tidak boleh melakukan dua tiga perkara dalam satu masa.
"Saya boleh melihat beban dan tanggungjawab ini semakin meningkat, dan akan meningkat dalam beberapa minggu akan datang," katanya.
"Kepada mereka yang ragu-ragu, (kononnya) saya akan lompat parti, saya berjanji akan bersunat sekali lagi kalau lompat parti. Patut semua wakil rakyat kena janji macam ini," katanya menerusi satu mesej Twitter tengah malam tadi.
Rafizi menghantar surat meletakkan jawatan Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor semalam.
"Saya menghantar notis hari ini (semalam)," kata Rafizi, yang mengumumkan keputusan itu menerusi mesej Twitter sekitar 3 petang semalam.
Dalam mesej Twitternya semalam, beliau berkata, "letak jawatan proses biasa."
"Perlu sedikit rehat, letih buat dua kerja di kerajaan negeri dan parti. Ramadan dah dekat, tumpu ibadah.
"Saya tidak pernah tugas (berkhidmat) lebih dari dua tahun pada satu-satu jawatan. Yang ini dah melebihi dua tahun, masanya untuk terus bergerak. Tidak ada kaitan politik dengan itu," katanya.
Ketika dihubungi malam tadi, Rafizi yang menyandang jawatan itu sejak dua tahun lalu berkata: "Saya sebenarnya telah memutuskan untuk melepaskan jawatan ini akhir tahun lalu."
"Tetapi oleh kerana tarikh PRU13 tidak menentu, saya meneruskan khidmat saya.
"Sekarang kita sudah boleh agak bila PRU13. Saya rasa ini adalah masa yang sesuai, jadi, saya beri notis satu bulan. Cuma ia diumumkan secara kebetulan ketika cetus isu berkaitan Faekah (Husin, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor," katanya.
"Cuma secara kebetulan masanya tidak kena, itu saja. Bagi saya ini tiada kaitan, letak jawatan perkara biasa," kata beliau lagi.
Rafizi Lembu dijangka bertanding kerusi Parlimen Pandan menentang penyandang Datuk Seri Ong Tee Keat pada PRU13.
No comments:
Post a Comment
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;
1. Komen yang disifatkan sebagai spam
2. Komen termasuk kata-kata kotor
3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati
4. Komen yang menyerang seseorang secara individu
atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas
Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini