Rumah urut yang menawarkan urutan seks di Seksyen 23. |
"Inilah hadiah kerajaan Pakatan Rakyat kepada penduduk Shah Alam selepas mereka menguasai tampuk pemerintahan di Selangor. Kami sungguh terkilan kerana janji mereka sebelum pilihanraya dulu tidak ditunaikan", katanya.
"Janji-janji mereka (PR) sebelum pilihanraya telah mempengaruhi saya untuk mengundi mereka dalam pilihanraya dulu.
Khalid Samad sekarang Ahli Parlimen Shah Alam, menjanjikan akan mengubah wajah Shah Alam manjadi sebuah bandaraya contoh yang penuh dengan ciri-ciri Islami.
Namun hakikat sekarang, saya rasa keadaan lebih teruk berbanding ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN) dulu", katanya.
Shah Alam dulu terkenal sebagai sebuah bandaraya bebas maksiat dengan Masjid Biru tanda kesucian. Sehingga tiada aktiviti hiburan dibenarkan ketika pemerintahan BN atas dasar menjunjung perintah tuanku Sultan.
Di Batu Tiga sahaja terdapat tiga buah rumah urut. Selebihnya penulis tidak berhasrat mendedahkan lokasinya. Cari sendiri!
Kepada Khalid Samad atau lebih popular dengan gelaran 'Khalid Gereja'. Anda harus sedar, hakikatnya rakyat di Shah Alam sudah buka mata. Kamu telah mengkhianati rakyat di Shah Alam dengan janji-janji palsu. Hentikan retorik kamu!
Bersedialah untuk menerima 'hukuman rakyat' kelak.
mimr
No comments:
Post a Comment
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;
1. Komen yang disifatkan sebagai spam
2. Komen termasuk kata-kata kotor
3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati
4. Komen yang menyerang seseorang secara individu
atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas
Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini