Di persimpangan dari Bukit Raja menuju ke Seksyen 7, Shah Alam.
Semasa penulis berhenti di persimpangan lampu isyarat di Shah Alam sejak beberapa minggu ini, mata penulis terpandang sepanduk yang tertera tulisan 'Adult Toy' berselang seli dengan tulisan Cina yang besar (tidak faham) serta tulisan Melayu berbunyi Ubat Kuat Lelaki.
Kebetulan pada satu hari penulis membawa anak saudara ke I-city, di persimpangan menuju ke I-city anak saudara bertanya kepada penulis, sambil jari menuding ke arah sepanduk di tiang lampu isyarat itu: "Dia jual toy apa tu?"
Terasa muka penulis merah padam.
Penulis tidak menjawab soalan anak berusia 9 tahun itu dengan segera. Dengan selamba apabila lampu bertukar hijau penulis pun berkata,"jual ubat..". Dia pun tak bertanya lebih, mungkin dia faham.
Penulis tidak pasti apakah anak-anak sekolah orang lain pun bertanya soalan yang sama-termasuklah mungkin anak Datuk Bandar Shah Alam (MBSA), anak Khalid Gereja dan anak-anak pemimpin Pakatan Haram (PR) yang duduk di Shah Alam.
Di sekitar kawasan perindustrian HICOM.
Sepanduk-sepanduk itu ada di merata tempat di Shah Alam, tempat lain penulis tidak pasti. Setiap tiang lampu isyarat ada sepanduk kecil itu. Penulis hairan bagaimana MBSA membenarkan atau membiarkan sepanduk itu dipamerkan?
Terus terang, penulis amat malu dengan iklan-iklan berunsur lucah seperti itu. Penulis hampir terfikir mungkin Datuk Bandar Shah Alam atau Khalid Gereja tidak mempunyai perasaan seperti penulis, jika tidak masakan ia sudah tergantung sejak berminggu-minggu?
Itu tidak kira lagi iklan-iklan haram tulisan tangan oleh ejen-ejen hartanah yang diletakkan dan diikat di tiang-tiang lampu. Itu juga tidak kira lagi papan-papan tanda jalan, seperti no entry atau jalan sehala atau apa-apa papan tanda majlis bandaraya, yang didirikan dengan wang cukai rakyat, dibiarkan dilekat dengan pelbagai nombor-nombor telefon Ah long?
Ingat bro, Shah Alam ni Bandar Melayu!
Kalau tidak percaya pergilah di mana-mana dalam bandar raya Shah Alam.
Lampu isyarat di persimpangan Batu 3 menghala ke Stadium Shah Alam, Seksyen 13.
Kesimpulan, apakah ah long-ah long ini sudah menguasai majlis-majlis perbandaran? Apakah kongsi gelap sudah menguasai perbandaran-perbandaran itu?
Atau pun PBT-PBT kita sudah malas berfikir. Itu pasal jalan-jalan Shah Alam sudah terlalu kotor, tidak kemas dan berlubang-lubang. Nak harapkan si Khalid Gereja, harammmm.....
Rumput di Shah Alam pun dah macam jambang Khalid Gereja.
mimr
No comments:
Post a Comment
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;
1. Komen yang disifatkan sebagai spam
2. Komen termasuk kata-kata kotor
3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati
4. Komen yang menyerang seseorang secara individu
atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas
Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini