Pages

Thursday, 14 June 2012

KHALID SAMAD DARI PAS 'RESTU' KEDAI JUAL BABI DI SHAH ALAM?

Tersergam indah kedai jual babi di Kemuning Greenville, Seksyen 31, Shah Alam.

Apa nak jadi dengan Shah Alam sekarang ini?

Terbaru, kedai jual babi pula dibuka di Shah Alam. Lokasi kedai jual babi ini terletak di Seksyen 31.

Penulis dah tak mampu menahan kesabaran dek kerana kealpaan Khalid Samad (MP MALAS) yang tidak mampu membendung kemungkaran yang berleluasa di Shah Alam.

Selepas rumah urut yang tumbuh bagai cendawan di Shah Alam, kini kedai jual babi pula dibuka? Masyaallah!!!

Adakah pembaca sekalian masih ingat hadiah pertama dari kerajaan Selangor pimpinan pakatan haram kepada rakyat selangor selepas menawan Selangor pada PRU-12? 

Kandang babi paling moden di dunia dilengkapi dengan penghawa dingin diluluskan untuk dibina di Sepang dengan nilai projek 100 juta menggunakan wang rakyat. Itu fakta!

Nampaknya babi di Selangor hidup lebih selesa nak dibandingkan rakyat di Selangor.

Kandang babi itu pun sudah siap dibina kononnya bagi menampung permintaan penggemar-penggemar babi di Selangor.

Adakah permintaan itu termasuk penggemar-penggemar babi di Shah Alam? Kalau betul, tidak menghairankan lah kalau kedai khusus jual babi dibuka di Shah Alam bagi memenuhi permintaan penggemar-penggemar babi di Shah Alam.

Woi Khalid Samad! Ini Shah Alam lah! Bukan Kepong atau Segambut yang penggemar-penggemar babi melebihi babi-babi di Selangor!

Ketika Selangor diperintah oleh BN dulu, kita takan dengar cerita sebabi ini! Betul tidak?

Khalid Samad! Kamu wakil dari PAS, parti paling Islam di dunia! Kamu ke hulu ke hilir bercerita untuk menentang kemungkaran.

Tapi kamu biar kemungkaran berleluasa di Shah Alam?

Jangan sampai rakyat Shah Alam tendang kamu masuk dalam kandang babi!

mimr


2 comments:

  1. Kedai babi pun dah ada di Shah Alam? tak sangka dengan pendedahan ini.

    ReplyDelete
  2. klau x silap , kedai ni berhadapan econsave kemuning greenville...

    ReplyDelete

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini