Suasana di pelancaran jenteran pilihanraya BN Wilayah Persekutuan yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. |
Menurut Timbalan Pengerusi BN, ini kerana PAS memilih mengadakan program itu di Kedah kerana sedar sokongan rakyat terhadap mereka khususnya di negeri tersebut semakin merosot.
"Ia cubaan meraih kembali sokongan rakyat Kedah yang dilihat semakin meninggalkan parti pembangkang itu. Kita tidak bimbang sebab ia diadakan di Kedah, PAS tahu sokongan mereka di Kedah makin merosot.
"Rakyat Kedah rasa tak selesa dengan mereka. Sebab itu PAS buat di sana untuk tunjuk kegagahan. Sebenarnya, ramai dah tinggalkan PAS. Orang Kedah sudah faham pentadbiran PAS yang tak serasi di sana," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan jentera pilihan raya BN Wilayah Persekutuan si Stadium Titiwangsa.
Muhyiddin yang juga Timbalan Perdanan Menteri berkata, senario politik di Kedah kini mengalami perubahan besar sekali gus menambah keyakinan BN untuk menawan kebali negeri tersebut. "Atas sebab itu PAS buat himpunan hijau di sana. Kita tahu kedudukan kita di Kedah jauh lebih baik," ujarnya.
Terdahulu dalam ucapanya, beliau menyelar tindakan DAP melarang media tertentu membuat liputan terhadap parti itu khususnya melibatkan kerajaan DAP Pulau Pinang.
"Mereka larang Utusan Malaysia. Kita tak pernah larang mana-mana kerana kita tahu adalah hak media untuk membuat liputan,"katanya.
Menyentuh mengenai kesilapan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang tersasul menyebut perhimpunan tersebut adalah tanda kejatuhan PAS di semua peringkat, Muhyiddin berkata, ia adalah petunjuk Allah SWT.
"Itulah kalau Tuhan nak tunjukkan hatinya. Kalau hatinya kotor, Tuhan tunjuk dengan moralnya, dengan perbuatannya," katanya.
Tentang tindakan pembangkang yang mahu meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagi Perdana Menteri jika menguasai PRU akan datang, beliau mengingatkan rakyat tidak memilih pemimpin yang 'terpalit' dengan masalah-masalah peribadi. - agensi
mimr
No comments:
Post a Comment
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;
1. Komen yang disifatkan sebagai spam
2. Komen termasuk kata-kata kotor
3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati
4. Komen yang menyerang seseorang secara individu
atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas
Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini