Pages

Tuesday, 15 May 2012

TUNKU AZIZ, RAKYAT MALAYSIA SEJATI

APA NAK DIKATA


GOODBYE DAP!

Seperti diduga, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim akhirnya membuat keputusan tepat meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi DAP dan meninggalkan parti itu selepas tiga tahun menyertainya.


Memetik kenyataan beliau di Bernama, Tunku Aziz tidak memberi sebab-sebab tertentu meniggalkan DAP. Namun umum tahu beliau menentang perhimpunan haram Bersih 3.0.


Pendapat Shah Alam Rebels (SARS), tindakan Tunku Aziz adalah bukti beliau seorang 'gentlemen'. Selain menjadi Melayu tunggal dalam pimpinan tertinggi DAP, beliau akhirnya sedar hanya dipergunakan oleh cina cauvanis dalam pimpinan DAP.


Beliau tidak boleh bersuara seperti Karpal,Kit Siang dan Guan Eng. Setiap pandangan beliau wajib mendapat restu dari pimpinan tertinggi DAP atau ditapis dahulu. Itulah nasib seorang bernama Melayu bila berada dalam monopoli orang cina. Begitu juga nasib orang Melayu bila berjuang dalam Komunis. Mereka dikongkong!


Namun, Bersih 3.0 adalah kemuncak kesabaran beliau. Perhimpunan haram itu yang berselirat dengan agenda tersirat dilihat bakal merosakkan keharmonian dan kestabilan negara.


Sebagai seorang 'true Malaysian', beliau menyedari tindakan PR menganjurkan perhimpunan haram bersih 3.0 hanya sia-sia.


Tunku Aziz berpegang kepada prinsip keamanan, pemerintah yang sah tidak boleh diguling di jalanan, pilihan raya adalah wadahnya untuk menukar kerajaan. Sudah tentu beliau berkehendakan keamanan dalam meniti hujung usia. 


DAP pasti mencari calon-calon pengganti untuk dijadikan 'barua' dalam pimpinan parti itu bagi menggambarkan DAP sebuah parti berbilang kaum. Persoalannya siapa MELAYU yang akan menjadi 'barua' itu?


Rakyat harus buka mata. MELAYU bukan anjing di bumi sendiri.



No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini