Jika dahulu perkara yang melibatkan ugama pastinya dijaga dengan tertib oleh yang berhormat ataupun mereka yang terlibat dalam kepartian sama ada dari pihak kerajaan mahupun pembangkang.
Namun dalam arus semasa dan era politik tanahair kini ianya mungkin sudah tidak relevan ataupun sudah kolot buat pemimpin politik yang merasakan undi menjadi keutamaan berbanding tertib dalam ugama itu sendiri.
Baru baru ini pembantu kepada Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching melakukan
satu tindakan yang luar dari kebiasaan apabila menghulurkan sumbangan empat
naskah Al-Quran kepada pengerusi sebuah Masjid di perkarangan MPKJ dalam Majlis
ramah mesra yang diadakan oleh Ahli Parlimen Serdang.
Sedar atau tidak kejadian tersebut sebenarnya sekali lagi memberikan gambaran
negatif kepada umat Islam apabila orang Kafir yang memberikan sumbangan Al-Quran
kepada pengerusi Masjid untuk digunakan oleh Jemaah. Rata rata yang hadir waktu
itu berasa amat terkejut dengan sumbangan yang disampaikan.
Mengikut dari seorang yang hadir pada majlis tersebut pembantu ahli parlimen
Serdang itu mengambil Empat naskah Al Quran dari dalam keretanya dan kemudiannya
menyerahkan begitu sahaja kepada pengerusi Masjid yang mana disaksikan oleh
semua hadirin yang hadir. Kejadian tersebut tidak disenangi mereka yang hadir
terutama warga emas yang berusia 60 tahun keatas.
Mungkin mereka tidak menduga bagaimana begitu spontan seorang kafir menghulurkan Al Quran untuk dihadiahkan kepada pengerusi Masjid yang mana seolah olah sudah tiada lagi pemimpin ataupun pembantu ahli parlimen Serdang itu yang berbangsa Melayu untuk menyampaikan sumbangan tersebut.
Sumber: KL Pos

No comments:
Post a Comment
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;
1. Komen yang disifatkan sebagai spam
2. Komen termasuk kata-kata kotor
3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati
4. Komen yang menyerang seseorang secara individu
atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas
Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini