Adakah ini video yang dikatakan bukti oleh Nallakarupan? Sama-sama kita tunggu.
Bekas rakan karib Anwar Yahudi, Senator Datuk S. Nallakaruppan baru-baru ini memberitahu kepada media motif utama beliau merakam video ‘panas’ yang membabitkan pemimpin politik dengan isteri orang itu adalah semata-mata untuk tujuan keselamatan.
Pada masa yang sama, video tersebut dakwanya ada hubung kait antara hubungan sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri kepada Azmin Ali, Shamsidar Tahrin.
Menurut beliau, rakaman pada tahun 90-an tersebut dibuat adalah bagi tujuan keselamatan kerana pada ketika itu Anwar merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Dalam afidavit Musa Hassan Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah pada tahun 1998, Nalla dikenalpasti sebagai orang perantara Anwar dengan wanita-wanita termasuk Shamsidar Taharin, isteri Azmin Ali.
Nalla dalam sidang media mengakui pernah merakamkan aksi panas Anwar dan Shamsidar dalam bentuk VHS berdurasi selama satu jam 20 minit untuk tujuan keselamatan.
"Saya sudah serahkan pada peguam. Nanti pergi mahkamah kita sama-sama tengoklah."
Kenyataan ini timbul apabila Nallakaruppan didesak oleh wakil media ketika sidang media di sini hari ini.
Isu ini berbangkit lantaran dari kenyataan Nallakaruppan yang menyatakan Anwar Yahudi sebagai seorang biseksual dan tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri ataupun Ketua Pembangkang di parlimen yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 20 Mac 2012.
Lantaran dari kenyataan tersebut, Anwar telah memfailkan saman sebanyak RM100 juta atas nama tiga defendan, Nallakarupan, Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan Datuk Abdul Aziz Ishak selaku Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu.
Justeru, Nallakaruppan telah menyerahkan rakaman pita video selama satu jam 20 minit tersebut kepada peguamnya sebagai bukti pembelaan.
Pelik la! Pemimpin pakatan haram ni tak terlepas dari skandal seks je?
ReplyDeleteAdakah ini kebenaran oleh Allah swt ekoran dari sembahyang hajat perdana oleh PAS?
wallahualam. Ya Allah, selamatkanlah Malaysia ini dari pemimpin yang berbuat kemungkaran.