Pages

Wednesday, 16 May 2012

BAGAIMANA KERAJAAN SELANGOR TANGANI MAT REMPIT



Strategi Kerajaan Negeri Selangor menangani gejala 'mat rempit' di Shah Alam wajib dipuji. Sejak PR memerintah di Selangor, statistik gejala 'mat rempit' di Shah Alam turun mendadak.

Yang menghairankan, kejayaan mereka ini tidak pula dihebohkan sebagaimana mereka memberi 20 meter padu air percuma kepada rakyat Selangor.

Usaha terpuji mereka menangani gejala 'mat rempit' adalah lebih hebat nilainya nak dibandingkan kejayaan menunaikan janji-janji menifesto mereka.

Ini kerana, gejala 'mat rempit' adalah ancaman kepada negara kerana dibelenggu dengan pelbagai masalah sosial.

Hakikatnya, pihak Polis tidak lagi membuang masa membuat sekatan jalan raya pada malam minggu yang merupakan pesta 'mat rempit'.

Menurut seorang penduduk Shah Alam, Fahmi Hadi, "sikap kerajaan Negeri Selangor tidak menurap jalan sehingga jalan-jalan di Shah Alam berlubang amat dikesali. Tindakan sambil lewa ini mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya", katanya.



"Sejak pemerintahan baru di Selangor, banyak perubahan telah berlaku. Kerajaan negeri seperti tidak berminat menjaga kebajikan kami", katanya.



Jadi tidak hairanlah kenapa kejayaan kerajaan negeri Selangor menangani gejala 'mat rempit' tidak dihebohkan.



Tergamak kerajaan negeri Selangor pimpinan Khalid Gagap menggadai kebajikan penduduk Shah Alam semata-mata untuk tangani gejala 'mat rempit', dengan membiarkan jalan tidak diturap sehingga belubang-lubang. Tahniah! 



No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini