[PR KEJAM] : MELAMPAU!!! KERAJAAN SELANGOR NAIKKAN 10 KALI GANDA CUKAI PINTU!!?

Monday 17 December 20120 comments


SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan mengkaji semula kenaikan kadar cukai pintu terhadap penduduk Kampung Baru Sungai Buloh dan Kampung Baru Subang, yang didakwa membebankan.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pihaknya akan berbincang dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berhubung perkara itu sebelum sebarang tindakan susulan diambil.

"Namun, kita akan berbincang dengan MBSA dalam waktu terdekat bagi meneliti perkara ini... perkara yang difikirkan perlu dibuat, kita akan laksanakan supaya kadar itu dilihat tidak membebankan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis untuk golongan belia di sini hari ini.

Beliau berkata, bagaimanapun, pihaknya perlu membuat penilaian berdasarkan prosedur mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976.

"Langkah itu perlu agar ia juga tidak memberi masalah kepada MBSA dalam memberi penilaian semula terhadap cukai berkenaan," katanya.

Semalam, Pengerusi MCA Bahagian Subang Lee Wei Kiat berkata kenaikan kadar cukai sehingga 10 kali ganda terhadap penduduk di dua kawasan itu adalah keterlaluan dan meminta ia ditarik balik.

Lee berkata rata-rata penduduk turut mempersoal rasional di sebalik kenaikan itu sedangkan perkhidmatan yang disediakan pihak berkuasa tempatan (PBT) didakwa tidak memuaskan.

Sebelum ini, pakatan haram di Selangor pernah berjanji untuk menghapuskan cukai pintu ketika kempen pilihan raya ke 12.

Anwar Ibrahim juga sering berjanji jika pakatan haram tawan Putrajaya, mereka akan hapuskan cukai pintu.

Namun sebaliknya, cukai pintu tidak dihapuskan, malah dinaikkan hingga 10 kali ganda.


mimr
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger