BUKTI LAGI! TANDA-TANDA KEHANCURAN PAKATAN HARAM DI SHAH ALAM!

Sunday 24 June 20120 comments

Ceramah sia-sia ini hanya mampu menarik perhatian 70 orang sahaja walaupun penceramah-penceramah top pakatan haram yang memberikan ceramah.
SHAH ALAM - Gempar! Ketika ini sedang berlangsung ceramah perdana anjuran Pas Shah Alam di Seksyen 16.

Ceramah Perdana itu menampilkan artis popular 90an, Aishah yang terkenal dengan lagu 'hit' Janji Manismu. Turut menjadi penceramah dalam ceramah perdana itu adalah Nurul Izzah.

Yang peliknya, walaupun manampilkan penceramah-penceramah 'top' kalangan pakatan haram. Ceramah perdana itu hanya mampu menarik 70 orang sahaja untuk mendengar janji-janji manis dan kata-kata caci terhadap kerajaan.

Ini petanda bahawa rakyat Shah Alam sudah sedar akan temberang pakatan haram!

Mana tidaknya, dahulu ketika menjelang PRU-12, setiap ceramah anjuran pakatan haram pasti 'Full House'. Sudah pasti ribuan orang akan hadir mendengar temberang pakatan haram.

Kini sebaliknya yang berlaku. Ceramah yang dianjurkan BN pula yang mendapat sambutan!

Ternyata keyakinan pakatan haram untuk mempertahankan kerusi parlimen Shah Alam hanya mimpi di siang hari.

Rakyat sudah sedar! Khalid Samad hanya tabur janji kosong!

Sehingga kini tiada apa-apa pembaharuan yang dibawa Khalid Samad kecuali lambakan rumah urut dan pusat-pusat maksiat yang wujud bagai cendawan di Shah Alam.

Tahniah penduduk Shah Alam! Kamu telah memilih jalan yang benar!


mimr

Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger