Pages

Tuesday, 11 March 2014

[TERKINI] FARIZ MUSA BUAT KECOH DI PUSAT PENAMAAN CALON


Fariz Musa, Ketua Jingga 13 cuba menarik perhatian orang ramai di pusat penamaan calon dengan membawa 1 tan sayur kangkung untuk menghina pemimpin Barisan Nasional (BN).

Tindakannya itu jelas mencerminkan budaya tidak sihat kepada rakyat selain menggambarkan tahap pemikiran bekas guru itu yang tidak bertamadun dan kebudak-budakan.

Walaupun tindakannya itu mahu dilihat sebagai simbol bantahan rakyat terhadap kenaikan kos sara hidup, beliau tidak sepatutnya membazirkan sayur-sayur itu yang masih segar dan boleh dimakan.

Ada baiknya sayur-sayur itu diberi kepada mereka yang memerlukan daripada dibazirkan begitu sahaja.

Pada Pilihan Raya Umum ke -13 (PRU13) yang lepas, Fariz Musa merupakan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di parlimen Pekan menentang Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau tewas kepada Perdana Menteri dengan majoriti 35,613 undi.

1 comment:

  1. Inilah mentaliti tahap kangkong. Yang mendapat untung adalah penjual kangkong. Boleh beli rumah baru. Balik tanam kangkong lebih banyak lagi dan jual pada fariz.

    ReplyDelete

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini