Pages

Tuesday, 25 September 2012

TERKINI!!! PRO-M RAMPAS UNIVERSITI MALAYA???

*

KUALA LUMPUR - Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaya berlangsung sengit apabila kumpulan Penggerak dan promahasiswa masing-masing mendakwa memenangi pilihan raya kampus universiti itu, di sini hari ini.

Kumpulan promahasiswa mendakwa mereka memenangi 22 kerusi berbanding 19 kerusi yang dimenangi kumpulan proaspirasi daripada 43 kerusi keseluruhan yang dipertandingkan.

Bagaimanapun ia dinafikan oleh Penggerak yang mendakwa kumpulan itu hanya memenangi 20 kerusi kerana dua lagi kerusi dari Fakulti Undang-undang merupakan calon Bebas sementara dua lagi kerusi iaitu bagi Fakulti Pendidikan serta Fakulti Sains Komputer dan Teknologi berkeputusan seri dan akan dipertandingkan semula.

Keputusan di UM menyaksikan kumpulan Penggerak memenangi 19 kerusi, promahasiswa (20), bebas (2) dan dua lagi kerusi seri.

Pemilihan kali ini menyaksikan 9,643 pelajar atau 42.12 peratus daripada keseluruhan 22,883 pelajar yang layak, keluar mengundi. - Utusan


*Foto sekadar gambar hiasan.

mimr

4 comments:

  1. Ini sudah macam kes di Perak. Pada mulanya, PR menang majoriti kecil. Tapi BN perintah semula selepas 3 ADUN lompat parti.

    Saya yakin kemenangan pasti Aspirasi.

    ReplyDelete
  2. Student yg bijak, pasti bijak dlm membuat pilihan... bukan terpaksa kerana dipengaruhi oleh pihak luar!

    ReplyDelete
  3. Semoga mahasiswa membuat pilihan yang tepat...

    ReplyDelete
  4. Pro-Mahasiswa jelas perjuangkan agenda Pakatan Rakyat.

    ReplyDelete

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini