Pages

Tuesday, 25 September 2012

BERITA TIDAK RASMI! #ASPIRASIMAHASISWA MENANG DI UM #PRKAMPUS



SHAH ALAM - Penggerak Mahasiswa mencatat kemenangan tipis di pilihan raya kampus Universiti Malaya (UM) dengan memperoleh majoriti satu kerusi selepas menang 21 kerusi berbanding Pro-M , 20 kerusi.

Selepas tiga penggal dikuasai oleh Pro-M di Universiti Malaya sebelum ini, Penggerak Mahasiswa meneruskan legasi kemenangan Pro-Aspirasi di Institut Pengajian Awam (IPTA) yang berakhir hari ini.

Namun,dua lagi kerusi telah dimenangi oleh calon BEBAS untuk melengkapkan 43 kerusi keseluruhan di UM. 

Menurut sumber, dua calon BEBAS dari Fakulti undang-undang akan menyertai Penggerak Mahasiswa.

Keputusan rasmi akan diumumkan esok pagi oleh pihak pengurusan universiti.

mimr 
 

2 comments:

  1. I Love UM =)

    Tahniah Penggerak Mahasiswa!

    ReplyDelete
  2. Kemenangan tipis tu..jangan ada yang lompat parti sudah...hehehe

    ReplyDelete

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini