PEMBONGKARAN!!! SHAH ALAM & KISAH PEMIMPIN MUNAFIK - WAJIB BACA

Thursday 31 May 20122comments


Hotel budget di Seksyen 7, Shah Alam yang menawarkan perkhidmatan mengikut jam - 1 Jam RM9.90.


BERDASARKAN hadis Nabi Muhammad SAW, ... tanda-tanda orang munafik itu terjadi dalam tiga keadaan. Pertama, apabila berkata-kata ia berdusta. Kedua, apabila berjanji ia mengingkari. Ketiga, apabila diberi amanah (kepercayaan) ia mengkhianatinya. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Penulis kali ini mahu bercerita mengenai soal munafik. Dalam bahasa lebih mudah munafik juga bererti cakap tak serupa bikin, berbohong atau juga double standard dan lain-lain yang seerti dengannya.

Jika dalam sesama manusia, orang jenis ini tidak boleh dipercayai sama sekali. Orang kata macam ular. Jika dalam organisasi, ia adalah organisasi putar belit dan lebih teruk daripada memakan riba. Jika ia adalah pertubuhan siasah atau politik, pertubuhan seperti ini kita harus dan wajib menghindarinya.

Khalid Gereja dalam ceramah kempen PRU12 di Shah Alam, berjanji sebaik sahaja pakatan haram menang di Selangor, sebelum ayam berkokok kilang arak akan ditutup. Sekarang apa sudah jadi? Sehingga sekarang kilang arak itu tidak berani diusik. Kononnya sebagai hasil mahsyul negeri bagi keperluan bukan Islam. Ptuuiiihhh!!!

Memang benar ketika BN perintah, terbinanya kilang arak di sebuah daerah dikenali sebagai Shah Alam dan sebuah lagi di daerah Petaling Jaya.

Ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN) di Selangor, pelbagai celaan dilontarkan kepada negeri itu oleh puak yang mengakui alim (PAS). Semuanya buruk, jahat, jelek dan bodoh. Negeri itu dicerca secerca-cercanya.

Tindakan sekumpulan Mahasiswa di Shah Alam menggesa kerajaan pakatan haram menutup pusat maksiat pada bulan suci Ramadhan. Lebih menggembirakan apabila Menteri Besar Darul Ehsan membuat kenyataan membenarkan pusat hiburan beroperasi seperti biasa di bulan Ramadan. Pas yang dulu amat sensitif mengenai perkara-perkara maksiat itu, kini tidak tahu sudah hilang ke mana?

Hiburan-hiburan yang mahu diadakan di Selangor itu ditentang habis-habisan. Puak-puak yang mengaku alim (PAS) itu akan mengadakan tunjuk perasaan melalui persatuan-persatuan mahasiswa Islam. Berteriaklah mereka secara bertakbir demi takbir (slogan Pas) secara bergema-gema. 

Lebih hebat negeri Darul Aman yang diperintah sepenuhnya oleh alim-alim Pas juga mengambil keputusan yang sama, iaitu: Membenarkan pusat-pusat hiburan beroperasi seperti biasa di bulan Ramadan.

Namun ketika BN perintah, Shah Alam bebas daripada hiburan, tiada panggung wayang, tiada tulisan selain tulisan Melayu sahaja di papan-papan tanda kedai, nama-nama jalan ditulis dalam tulisan Arab berbunyi Melayu atau jawi, yang satu waktu dulu mahu dipadam oleh DAP di Bukit Bintang.

Warga Shah Alam tahu ia adalah wasiat Almarhum Sultan Selangor yang mahukan bandar raya itu hanyalah sebagai bandar tempat tinggal orang ramai dan bukannya sebuah bandar hiburan. Shah Alam ialah satu-satunya ibu negeri tersusun dan maju yang majoritinya terdiri daripada orang Melayu. Al-fatihah.

Oleh itu kerajaan dulu (BN) tidak membenarkan nite club, tiada rumah-rumah urut, tiada hotel-hotel bajet yang banyak. Tiada juga panggung-panggung wayang di Shah Alam.

Dipendekkan cerita kerana menganggap pemerintahan dulu sebagai buruk, jahat, jelek, bodoh maka jatuhlah pemerintahan Melayu (UMNO) tidak alim itu. Rakyat Selangor mengenyahkan kerajaan itu kerana menganggap parti siasah yang lebih alim (PAS) layak memerintah. Dengan harapan Selangor akan menjadi lebih Islamik di bawah perintah pakatan haram.

Kerajaan tidak alim dulu (BN) hanya mengehadkan operasi nite club hingga jam 12 tengah malam sahaja. Kini di  bawah perintah pakatan haram dilanjutkan hingga jam 3 pagi. 

Jika dulu penghuni Seksyen 7 Shah Alam hanya diberitahu bahawa bandar I-City hanya sebuah pusat untuk teknologi komunikasi dan maklumat, kini konsert hiburan MTV World Stage mempersembahkan penyanyi-penyanyi rock dunia. Jika ada rock sudah tentu ada arakkan?

Difahamkan hanya petisyen setuju atau bantah sahaja diedar kepada penduduk. Suara bantah MTV World Stage itu sudah hilang entah ke mana? Hasil petisyen itu tidak diketahui, kerana konsert itu terus berlangsung.

Dewan pemuda PAS ( HAPRAK ) yang pada awalnya akan mengadakan demo bantah di i-city Shah Alam terpaksa membatalkan atas arahan DAP. Dasar keldai tunggangan!!! 

Penulis tidak taksub. Penulis pun tidak bantah hiburan. Tapi mana perginya puak-puak yang suka sangat membuat demonstrasi membantah benda-benda mungkar seperti itu semasa kerajaan Melayu tidak alim dulu?
Dulu Masjid Biru sebagai mercu tanda Shah Alam. Sekarang rumah urut.

Jika dulu Shah Alam tidak banyak hotel-hotel bajet, sekarangn boleh kira jumlahnya dalam tempoh tiga tahun ini. Jika dulu jarang-jarang kita dengar rumah-rumah urut di Shah Alam, kini mengapa bersepah-sepah?

Jika dulu Shah alam hanya suka dihuni oleh orang Melayu saja dan nilai tanahnya terlalu murah kerana spekulator hartanah bukan Melayu mengatakan "itu tempat Melayu" mengapa kini tiba-tiba naik mendadak?

Mengapa kondo-kondo mewah rancak didirikan yang harganya sukar dibeli oleh orang Melayu? Penulis mahu tanya siapa yang akan membelinya?

Mengapa mahu dipecah komposisi orang Melayu di Shah Alam? Apakah ini kerja Exco yang menjaga perbandarannya? Oh patutlah, dulu portfolio Exco itu dipegang oleh orang Melayu, kini ia dipegang oleh DAP.

Amat sedih sekali puak-puak alim yang menuduh pemerintah dulu tidak alim, taghut dan sebagainya, kini apabila berkuasa dan diberi amanah, hanya berdiam diri?

Mengapa berdiam diri apabila melihat terlalu banyak kemaksiatan dan ketidakbetulan yang berlaku di hadapan mata dalam pemerintahan ente-ente ini sekalian?

Penulis tidak mahu cakap banyak. Rakyat Shah Alam wajib lakukan perubahan. Renung-renunglah hadis Rasulullah SAW di atas.
Share this article :

+ comments + 2 comments

18 June 2012 at 11:48

Sahabat berkesempatan bertemu dengan Ustaz Norman Toha, bekas setiausaha perhubungan Pas Selangor ketika ceramah dr hassan ali.

Banyak juga cerita pasal Khalid Samad sahabat tahu dari Ustaz Norman.

Sekurangnya sahabat dapat tahu sedikit sebanyak sipa Khalid Samad sebenarnya.

15 October 2012 at 12:07

Kah kah kah tak tahan tgk sami hindu kat tepi tu

Post a Comment
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger